Tuesday, June 29, 2010

♥Selamat Ulang Tahun C.D ♥

cik sakura akan post entry ni seawal jam 5.10pm kerana esok sakura masuk keje sebelah petang...
ada urusan dengan Doktor di Putra Specialist ..

[ berkaitan dengan kesihatan bonda tersayang....lurve u mom ]



*********************************************************************************************************

30 Jun 2010 besday CD...

[ picture last year celebrate besday Cd di anjung batu Melaka bersama blogger terchenta... ]

CD CD CD selamat Ulang tahun Sayang....[ amppppunnn!!! ]
[ hotlinkkan ? jangan lupa call sakura erk!!! wakakaka ]
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...
semoga berjaya dalam hidup...

semoga dengan kehadiran usia nie , cD akan lebih matang dalam mengharungi dugaan dan rintangan dalam hidup....

meh meh sakura nyanyikan lagu ni untuk Cd...
[ teringat cD nyanyikan lagu nie untuk Sakura di karaoke Alamanda time My besday last year x silap ....]




Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu


Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita


Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan

Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu







psstttt : rindu sangat dengan blogger len.....[ yanie , hanie , kanda ecah , dan kak nat ]


Monday, June 28, 2010

♥La Tahzan [ Jangan Bersedeh ] ♥

lunch time 1.02pm keluar dari KMM...
[ x lunch pon just merayau je lebeh!!~] menuju ke Bandar Masjid Tanah...
berjumpa tailor peribadi...

[ setel dah..tunggu raya owkey....]


tetiba ada abg tu datang jual buku-buku kanak2, buku agama , dan pelbagai VCD motivasi..
memula cam x nak jer...

tapi tetiba aku terpandang kat koleksi buku yang abg tu bawa " Jangan Bersedih "..

tertarik dan aku rase aku perlu beli buku beserta VCD ni...



Jangan Bersedih dari Dr Badrul Amin Bahron bekas pensyarah undang-undang di UIAM

JADIKAN IA HADIAH BERHARGA UNTUK SESEORANG
atau
diri sendiri [ sambil memandu pasangkan VCD dan dengarkan kelunakkan suara beliau dalam menyampaikan tazkirah & zikir munajat ] sangat syahdu....


:: ✿ METRO : selasa : 29 Jun 2010

buka metro hari ni muka surat 3....
tengok tajuk ? huhuhu base ar GAY GAY NIE...
base da ngan bende ni!!!~
tapi yang aku cam ase malu ngan tajuk tu sebab ape taw!!!
sebab !!!

MASJID TANAH !!~

GAY NI ASAL DARI MASJID TANAH...

[ sambil tutup muka ase malu sangat sebab Masjid Tanah tempat aku dow!!!~ ]

bodoh betul GAY nie...
ase da kene cekup tu x yah la nyatakan tempat tinggal ko dimana , asal ko dimana , memalukan sangat!!!

da kene cekup baru la nak bertaubat!!

selama nie tahu buat!!!




[ kisah selanjutnya di Harian Metro , keluaran melaka jerk!!! ]

kenapa mesti bernafsu songsang , dan jangan salahkan perempuan zaman sekarang curang , perempuan zaman sekarang pasang 5 enam 7 lapan boyfrend...



INGAT :
perbuatan ini berdosa dan bawa2 la bertaubat..
jangan biarkan ianya terus hanyut dan hidup bergelumang dengan dosa...!!!~

DI DUNIA sangat enjoy , AKHIRAT jawab sendiri !!!!





pstttttt :
da tahu da...lagi sorok lagi tahu..[ kunci rapat ]
*_____*


Sunday, June 27, 2010

:: ✿ Hujung minggu dan aktiviti


gatal gatal tangan nak hupdate blog..
mahu x seronok bagai nak rak sabtu dan ahad aku ri tu...
[ like bz sebab bz tu best!!!~ ]
ok ok ok ok..
aku malas nak pok pek pok pek cam minah becok...
just taip yang penting dan lagi penting ....
[ penting ke!!! sangat penting ker !!! ]
sabtu menghadiri majlie pertunangan my cuzen..



Natasya Badrol....
Selamat bertunang ye Sya..
[ bila nak ikut jejak dier nieh ...huhuh ]
di majlis pertunangan sya ri tu , aku sangat la geram ini budak..
sangat chumel...ayooo ase nak geget geget budak ini...sangat geram.. anak my cuzen ..


kan aku da cakap chumel kan!!! serius ly sangat chumel......
okok stop majlis pertunangan , petang nak ke Port Dickson..
berjumpa dengan yang tersayang...
ececeecec..
jum terjah aku jumpa siapa...
ok siap kasi cantek!!!~ yesssss oliday yang sangat singkat...
xpe xpe xpe...singkat pon singkat la tapi best!!!~


cik sakura gebu bersama cuzen terchenta!!~
kitaorang gerak kul 5.00ptg dan selamat sampai kul 5.45ptg....
gegeh x dengan laju nye aku bawa kereta Gen2 kesayangan aku tu....
tenkiu sayang kerana kau sentiasa bersama ku.....


ok ok sesampai aku di sana , aku disambut mesra oleh Cik Ili dan Cik yeen..
mereka berdua adik beradik ok!!!~


layan pic...yang atas tu yeen..
yang number 2 aku dan ili...
yang number 3 tu mycuzen...
harus berposing didalam bilik terlebih dahulu ..



kan aku cakap harus berposing didalam bilik terlebih dahulu...
serius ly sangat best ini tempat...
tenkiu cik ili...muahhhhh kat pipi se100 kali





sumpah aku ske pic nie....
sangat cantek!!!
berlatak belakang kan kapal...




harus sumpah suka juga picture ini...




melihat aksi kegedikan kami di pantai bersama gedik gurl..
mahu x!!! time tu nak loncat time tu nak terkencing...
sape nak jawab...
iliiiiiii saya sangat seronok!!~



sila tengok yang tengah tu ? gagah x?
hehehe ampunnn sue....
camera sape la yg jelas dan nyata nie!!!
like like....


sebenarnya banyak picture lagi...
seme di Facebook aku...
[ sila ke sana ye wahai kwan yang jadi teman muka buku saya ]

...............

yeye x sabarnye nak raya...
semalam da borong sakan da beli kain ela di Gulatis dan Astana Moda....
berhabes ratusan ringgit...
x pe demi kepuasan sendiri...
hasil titik peluh sendiri dan bukan meminta pada orang laen....
[ hasil titik peluh sendiri ok!!!!!! ]




yeeee ternyata kain itu pilihan ku....
kain yang aku kepit pun pilihan ku...
dan lagi special lagi sepasang ada batu batu pilihan si dier...
nak tgk ? no no no tunggu raya ok...
[ tengok kain la bukan orang yang pilihkan tu.....ampun!!!!! ]
like kain itu seratus peratus....


hehehehe tak perasan ke sunglass aku sangat meletup!!!
huhuhu


ok ok ok ok ....aku harus stop menaip kerana aku nak muntah da nie....
satu entry sampai banyak lak nak post kan!!~
aiyak,.....
chowwwwwwwwww..............

Wednesday, June 23, 2010

:: ✿ Mutiara Kata

sakit pale berdenyut-denyut ..
nape la pale asyik sakit sejak² kebelakangan nie...
nak kata tido awal , awal la kan kul 11.30 sure lelap kalau x der aktiviti bergayut or bersms...
tapi malam tadi letak je pale kul 10.30 da lena terus..
keletihan diri sepanjang hari....

[ goyang kaki berteman henphone 012 disebelah kanan dan henphone 017 disebelah kiri sambil memikirkan apalah yang terjadi pada hari esok...semoga hari esok lebih diberkati... ]

Alhamdulillah pagi nie cerah dan tidak seperti hari sebelumnya , hujan sepanjang hari..
Rahmat Tuhan ....

pastu kan cik sakura kalau boring - boring selain melayan Facebook S[ akura Natashima Mashimarun ] dan melayan lagu di blog , cik sakura ske la search " Mutiara Kata " kat Encik Google ...

Ske giler ayat - ayat dalam Mutiara Kata tu....
Mari berkongsi meh mari berkongsi ...
[ ayat da macam ke fe ling fing daaaaaa ]..

*******

Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan






Tiada pelita di dunia ini yang dapat menerangi kehidupan di dunia dan di akhirat kecuali pelita hati yang disinari cahaya keimanan






Jika hidup kamu dalam kekosongan, dampingilah keesaan Tuhan...nescaya kamu akan beroleh ketenangan jua kedamaian





Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam... di atas batu hitam.... dimalam yang amat kelam.... ianya wujud, tapi amat sukar dilihat.......Jangan tertipu dengan terangnya bulan, kerana disebalik terang itu banyak kegelapannya






Cintaku kepada Tuhan kerana aku ciptaannya.....cintaku terhadap seseorang itu adalah perasaan yang diciptakanNya





Seribu mancis tidak dapat menerangi kamu buat selama-lamanya.....tetapi cahaya keimanan dapat membawa kamu ke jalan kesenangan






Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai.....bertambah busuk bangkai, bertambah pula seleranya






Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh daripada lidah yang hodoh......kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakitkan hati orang lain, tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata-kata yang melukakan






Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya dibekali dengan akhlak yang mulia, disulami dengan bunga-bunga keimanan, dihiasi pula dengan pertama keislaman dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan





Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur........dan setiap mata yang terbuka, belum bererti ia melihat





Hidup tanpa pengorbanan adalah satu kepalsuan dan percintaan tanpa kasih sayang adalah satu pengkhianatan...Oleh itu, abadikan kasih sayang dalam mencari erti kebahagiaan





Orang yang bertanya dikala dia tidak tahu, adalah bodoh ketika dia bertanya...tetapi orang yang tidak bertanya itu, akan bodoh buat selama-lamanya





Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira....... tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira....





Orang yang berilmu di antara orang-orang yang jahil....adalah seperti pohon yang hijau di tengah-tengah pohon yang kering




Kelmarin memberikan pengalaman dalam setiap inci langkah kita, semalam adalah teladan serta pengajarannya.......... dan untuk menghadapi hari esok, jadikanlah kelmarin dan semalam itu sebagai pedoman dalam menerokai sebuah penghidupan.





Lihatlah disekeliling kamu.... dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa...... senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan, simpan.... jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan.....buat pedoman.





Jika awan melindungi matahari, jangan meratap....kerana nanti akan menjelma pelangi dan kalau langit bagaikan runtuh, jangan menangis..... itu hanyalah satu mimpi. Jika kau menyayangi seseorang, biarkanlah dia pergi........ jika dia menyayangi dirimu, dia pasti akan kembali..




Menyelamatkan orang jahat seperti perahu kecil di tengah lautan......walaupun kita terselamat tetapi sentiasa berasa ketakutan.




Dua hati yang sama-sama mengingati Allah itu dia berkenalan sebelum bertemu, bila bertemu terus berkenalan...... Dua hati yang tidak mengingati Allah itu tidak akan berkenal sebelum bertemu, bila bertemu dia hanya berjumpa bukan berkenalan






Cinta yang suci hanyalah layak untuk kekasih yang berhati suci dan cinta yang ternoda hanyalah sepadan dengan mereka yang bercinta untuk nafsu dan ternoda hati serta kesucian dirinya.




Perkataan yang lemah-lembut itu dapat melembutkan hati yang lebih keras daripada batu....... dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera.




Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah pula kita menjadi langau yang boleh membusukkan daging.





Abadikan segenggam harapan, secebis ketekunan, seteguk pengorbanan.....semadikan di dalam hati sebagai garisan hidup ini.





Kejujuran dan kejelitaan itu tidak bertakhta pada paras rupa yang seindah bulan..... tetapi pada hati yang beriman




Jika kamu cintakan kepada bunga, bunga itu akan layu......jika kamu cintakan kepada manusia, manusia itu akan mati.......Oleh itu, cintailah Allah kerana ia kekal abadi





Hidup berbakti mati, hidup tak berbakti pun mati. Maka adalah lebih baik bagi kamu mencurahkan bakti.....Dengan itu matimu akan meninggalkan nama yang harum kerana bakti suci teramat bererti buat orang yang tahu menghargainya..




Ketawa ketika kesedihan adalah ketawa ketabahan.....ketawa ketika kegembiraan adalah ketawa kemenangan, dan tangisan ketika kesedihan adalah tangisan kekecewaan manakala tangisan ketika kegembiraan adalah tangisan kejayaan.


*****

oke oke oke cukup setakat itu mutiara kata yang nak cik sakura natashima mashimaru mahu kongsikan!!~kepada sesiapa yang ada koleksi mutiara kata meh la send kat email cik sakura ,
puteri_gen2@yahoo.com.....

Sunday, June 20, 2010

♥ selamat bertunang part TWO ♥

buka jer Facebook...
[ sakura natashima mashimaru ]
terus terjah pic majlis pertunangan Imah...

[ besprend ai ]
like like like
like semua pic tersebut!!~

sangat happy sebab menghappy kan besprend ai ...
[ imah cantek!!!! imah lawooo!!! ]




kan da cakap imah cantek imah lawo!!!~

[ cik sakura the makeup artis...waaaaaaaaa ]




masa ini jantung imah macam nak gugur..
i dapat rasekan!!!~
[ cik sakura yang kini berada di sudut katil kerana keletihan ]





pasangan tunang bersama ibu mereka.....

[ semoga kekal berpanjangan jodoh anda berdua wahai cik imah dan encik sopi yeaa ]



kami yang memeriahkan suasana....
like this pic seratus peratus...
[ kepada cik ili , keadaan time nie best tanpa anda....kecikkkkk hati la tu kan!!!~ uuuu x jeles ke pic u x der .. ]

Ayat kak untuk cik sakura

mala; Thanxs sgt k..dr k.asz n family hj yusof ahmad.....mala tunang n kawen nnti k.asz bleh jer watkan ur hantaran n design bilik k....thanxs a lot...

yeappppp nanti buatkan my hantaran n design bilik k!!!~



cik sakura boleh x perasan time biler pic ne!!~
tapikan suka sangat ini pic....
terus jadi profile pic kat Muka Buku kan!!!~

[ ternyata kami sangat akrab ...]

imah !!! doakan aku ikut jejak langkah kamu yerk yang.....

i da ready !!~ [ wah gatal kan!!!! ]


note :
psttttt malam tadi boleh plak x ley tido!!!~ berburak-burak sampai kreadit abes bersama dengan jejaka Gen2 Oren , jam da 1.30 pagi mata x leh lelap jugak...


Haiiiiii la!!!~
chow......

Friday, June 18, 2010

selamat bertunang

selamat bertunang kepada salah seorang sahabat cik sakura..
dier sahabat yang paling baek yang saya ada....
[ salah seorang dari sahabat karib ]

semoga pertunangan ini kekal sehinggal akhir hayat ..
Amen...

dengan dier saya bergelak tawa..
dengan dier saya bersedeh hati ...
dengan dier saya sangat selesa..

dan dengan dier juga tempat saya mengadu...


to imah ku sayang ....
perjalanan hidup ini sangat panjang!~
aku doakan dengan Encik saufi ko bahagia sampai hingga akhir hayat ye yang....
dan satu jer " persahabatan antara kita ikhlas ...
andai kata satu hari kita terpisah , ko adalah kawan baek aku dunia akhirat...
ingat tu...


x der apa yang dapat aku bagi selain satu ni ikhlas dari aku..
ikhlas dari air tangan cik sakura ...




cantek tak ? hehehehe nanti leh la oreder yea....
sila ke private mesej jikalau berminat..
terdapat pelbagai perisa , pelbagai bentuk....
cik sakura akan mengikut kehendak kalian....
[ promote promote promote ]







note :
insyaAllah cik sakura akan menghupdated entry lagi selepas ni iaitu Majlis Pertunangan best friend cik sakura

Wednesday, June 16, 2010

:: ✿ K.e.s.a.k.i.t.a.n Lagi


17 june 2010
pagi nie agak kelewatan masuk kerja..
nak MC ? owh tidak buhsan duduk rumah ...
tempat pembedahan aku sakit!! sakit amat!!!....
[ tempat adalah rahsia peribadi ]

hampir setahun sudah aku buang bende tu...
owh tidak!!! this year kene buang lagi....
nak masuk MMC lagi ker ?
bukan soal bayaran tetapi soal nya sekarang aku x nak buang bende itu..
soalnya aku nak jumpa doctor Francis Yerp tu aku segan ...
Adeh!!!~ Maluuuu

aku nak biarkan jer la kan.....
belum pikir untuk masuk bilik pembedahan MMC tu lagi....
















note :
sayangilah diri sendiri sebelum menyayangi diri orang laen...


Saturday, June 12, 2010

Coklat, Bunga & Si Cupid

kenapa CINTA ?
kenapa BUNGA ?
kenapa dengan SI CUPID ?


komfirm malam nie cik Sakura Natashima Mashimaru melalak lagi kerana 3 perkara diatas...
ini adalah dimaksudkan NOVEL KELUARAN BUKU PRIMA...
lagi lagi soal hati ..lagi lagi soal perasaan!!~
hai la hati ... hai la perasaan....


Friday, June 11, 2010

♥ Angin , Sampaikan Salam Sayangku Padanya ♥

Malam ini aku memikirkanmu lagi
nafasku menjadi sesak
jantungku berdenyut kencang
nadiku berlagu sepi
jiwaku kosong
mataku kubur kerana air mata yang mengalir sayu ....

Ingin sekali rasanya aku menjerit di puncak gunung
melaungkan betapa dalamnya rinduku padamu
melaungkan begitu gilanya cintaku padamu
agar kamu tahu bagaimana tersiksanya
memendamkan perasaan bertahun lamanya ...

Wahai angin .. bantulah aku
sampaikan salam rinduku padanya
yang tidak pernah terucapkan
agar dia tahu aku merinduinya di sini

Wahai sang burung .. tolonglah aku
berkicaulah dengan merdu
supaya dia mengerti bait-bait cinta
yang sudah tersusun indah untuknya

Wahai hujan..aku berharap
turunlah dengan gerimis
agar dia tahu betapa sunyinya aku disini
tanpanya....

Wahai pelangi .. mintaku
bersinarlah setelah hujan lebat berlalu
supaya dia tahu sesungguhnya aku di sini
masih berharap dihatinya...

Ya Allah ..
aku memohon . aku merayu . aku bersujud padamu
jatuhkanlah hatinya padaku
agar aku akan menjadi sesuatu yang halal baginya
agar aku bisa melewati waktu-waktu yang tersisa kini dengannya

Ya Allah ..
sekiranya dia bukan tercipta untukku
jauhkanlah aku dengan nya
agar aku tidak terus membuang waktu yang amat suntuk ini
untuk terus berharap..

Ya Allah
sekiranya waktuku telah habis
aku mohon padaMu
tolonglah simpan rahsia ini sebaik-baiknya
kerana hanya Engkau sahaja yang tahu
rahsia yang paling indah seumur hidupku..

Duhai pujaan hatiku sayang
mungkin kamu tidak pernah akan tahu sajak ini dicoretkan khas buatmu
cuma satu yang aku mahu kamu mengerti
kamu terlalu sempuna untuk aku dekati
maafkan andai aku tidak sempurna
tetapi mengertilah kamu wahai lelaki kesayanganku
sesungguhnya rasa cinta ini aku sendiri tidak mungkin menegahnya..




- Sakura Natashima Mashimaru -


Thursday, June 10, 2010

adeh ♥adeh ♥ adeh ♥

cik sakura nak tukar otak baru ... cik sakura nak tukar hati baru... cik sakura nak perjalanan hidup yang baru... sangat tension ketika ini!!~ mengganggu jiwa dan raga cik sakura... tolongggggggggggla bagi cik sakura satu je peluang !! sekali jerk...... please....




[ akan ku lepaskan jua rindu ini pergi ]