Friday, June 11, 2010

♥ Angin , Sampaikan Salam Sayangku Padanya ♥

Malam ini aku memikirkanmu lagi
nafasku menjadi sesak
jantungku berdenyut kencang
nadiku berlagu sepi
jiwaku kosong
mataku kubur kerana air mata yang mengalir sayu ....

Ingin sekali rasanya aku menjerit di puncak gunung
melaungkan betapa dalamnya rinduku padamu
melaungkan begitu gilanya cintaku padamu
agar kamu tahu bagaimana tersiksanya
memendamkan perasaan bertahun lamanya ...

Wahai angin .. bantulah aku
sampaikan salam rinduku padanya
yang tidak pernah terucapkan
agar dia tahu aku merinduinya di sini

Wahai sang burung .. tolonglah aku
berkicaulah dengan merdu
supaya dia mengerti bait-bait cinta
yang sudah tersusun indah untuknya

Wahai hujan..aku berharap
turunlah dengan gerimis
agar dia tahu betapa sunyinya aku disini
tanpanya....

Wahai pelangi .. mintaku
bersinarlah setelah hujan lebat berlalu
supaya dia tahu sesungguhnya aku di sini
masih berharap dihatinya...

Ya Allah ..
aku memohon . aku merayu . aku bersujud padamu
jatuhkanlah hatinya padaku
agar aku akan menjadi sesuatu yang halal baginya
agar aku bisa melewati waktu-waktu yang tersisa kini dengannya

Ya Allah ..
sekiranya dia bukan tercipta untukku
jauhkanlah aku dengan nya
agar aku tidak terus membuang waktu yang amat suntuk ini
untuk terus berharap..

Ya Allah
sekiranya waktuku telah habis
aku mohon padaMu
tolonglah simpan rahsia ini sebaik-baiknya
kerana hanya Engkau sahaja yang tahu
rahsia yang paling indah seumur hidupku..

Duhai pujaan hatiku sayang
mungkin kamu tidak pernah akan tahu sajak ini dicoretkan khas buatmu
cuma satu yang aku mahu kamu mengerti
kamu terlalu sempuna untuk aku dekati
maafkan andai aku tidak sempurna
tetapi mengertilah kamu wahai lelaki kesayanganku
sesungguhnya rasa cinta ini aku sendiri tidak mungkin menegahnya..




- Sakura Natashima Mashimaru -


4 comments:

Anonymous said...

nape k.mala sedey?
jgn la sedey2 k.mala...

Normala Abu Bakar said...

penut ...



ntah hati nie!!~
ase ade x kedai jual hati manusia ?
nak beli satu nak ganti yg baru....

Anonymous said...

hehehehe....kalu beli kt kedai alamat nye dpt hati aym la k.mala..
huhuhu...

k.mala jgn sedey2..live ur life 2 d fullest k..:))

Normala Abu Bakar said...

peanut :


hhehehehehe...
hati ayam kak mala pun leh dapat!!!
biss ayam kan ...hehehe