Thursday, September 30, 2010

♥ Mutiara Doa

Salam jumaat
Semoga hari ini lebih baik dari semalam .....
Semoga hari ini ceria lebih berbanding semalam .....
Berikan kesihatan yang baik berbanding hari semalam ...
Amin Ya Rabbal Alamin...



Mutiara Doa


1. DOA MEMOHON KEAMPUNAN ALLAH

“ Ya Allah , kami telah menzalimi diri kami sendiri dan sekiranya

Engkau tidak mengampuni kami , nescaya masuklah kami ke dalam golongan mereka yang rugi “

( Surah A-A’raf ayat 23 )

2. DOA AGAR MENDAPAT ANAK YANG BERAKHLAK MULIA DAN MENGHORMATI IBU BAPA

“Wahai Tuhanku , berilah aku kesanggupan supaya dapat mensyukuri anugerah Engkau ,

yang Engkau kurniakan kepadaku dan kedua ibu bapaku dan supaya aku dapat mengerjakan perbuatan baik

yang Engkau sukai , dan perbaikilah keturunanku , sesungguhnya aku bertaubat kepada Mu

dan sesungguhnya aku termasuk orang yang menyerah diri “

( Surah Al-Ahqaf ayat 15 )

3. DOA MEMPEROLEHI ISTERI DAN ANAK YANG BERTAQWA

“ Ya Tuhan Kami , anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami

dan keturunan kami sebagai penambat hati ( kami ) dan jadikanlah kami imam ( ikutan )

bagi orang yang bertaqwa “

( Surah Al-Furqan ayat 74 )

4. DOA MENGEKALKAN KASIH SAYANG SUAMI / ISTERI / ANAK YANG TERPISAH AGAR TERTAMBAT HATI ANTARA SATU DENGAN LAIN

“ Wahai orang yang beriman , sabarlah dan cukupkanlah

kesabaran dan perteguhkanlah kekuatan dan patuhlah kepada Allah supaya kamu peroleh kemenangan “

( Surah Al-Imran ayat 200 )

5. DOA PADA WAKTU PAGI DAN PETANG

“ Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada kejahatan apa yang terjadi .”

6. DOA KETIKA MELIHAT LANGIT

“ Wahai Tuhan kami , tiadalah Engkau menjadikan ini dengan percuma .

Aku akui kesucianmu , maka peliharalah kami daripada azab neraka “

7. DOA KETIKA HENDAK MASUK RUMAH

“ Wahai Tuhanku , bahawasanya aku memohon kepadaMu sebaik-baik

tempat masuk dan sebaik-baik tempat keluar . Dengan nama Allah kami masuk ,

dengan nama Allah kami keluar . Dan kepada Allah Tuhan kami menyerahkan diri “

8. DOA MEMOHON KESABARAN

“Tuhan kami , limpahkanlah kesabaran atas kami dan kukuh ,

tetapkanlah pendirian kami dan tolonglah akan kami mengingkari .”

9. DOA KETIKA KEHILANGAN BARANG

“ Tuhan kami bahawasanya Engkau Tuhan yang mengumpulkan manusia

pada hari yang tidak dapat diragui akan kedatangannya ,

bahawasanya Allah tiada sesekali menyalahi janji “.




NOTA :
KEPADAMU AKU BERSUJUD KEPADAMU JUGA AKU MEMOHON .....


No comments: