DAKAPAN CINTA ILAHI
Aku bukanlah terbaik,
Bukanlah yang terhebat,
Bukanlah sebaik manusia,
Untuk memberi kebahagiaan,
Untuk memenuhi harapan,Memimpin tangan ke syurga Ilahi.
UntukMu yang teristimewa,
Aku sekerdil manusia,
Yang lemah jiwa lemah tenaga,
Merawat lara yang terasuk sekian lama,
Lara cinta dunia yang hanyut,
Lalu mencari jalan pulang,
Ke pintu kasih yang sebenar.
Ke dakapan cintaNya....
Allah yang Maha Pengasih & Penyayang.
═════════════════ ೋღ☃ღೋ ══════════════════
☼ Besar kemungkinan, doa kita belum terkabul kerana Tuhan mencintai kita. Tuhan tidak mahu melihat kita kesusahan jika doa itu dikabulkan. Apa yg kita sangka baik, belum tentu baik untuk diri kita. Sebaliknya, apa yang kita benci mungkin menjadi perkara terbaik dalam hidup kita. ☼
═════════════════ ೋღ☃ღೋ ══════════════════
No comments:
Post a Comment