Wednesday, December 1, 2010

♥ Petua Melupakan Orang Yang Kita Kasihi ♥

nak kongsi petua nie !!!~

hahaha aku pernah gak buat bende ni tapi x jadi pun ...

tapi kali ni sedang proses mengikut petua nie ...

jum baca ....







1.Jangan Hubungi Dia

Jangan call, sms, e-mail atau apa-apa cara sekali pun. Jangan lakukan sebarang komunikasi. Biarkan keadaan ini berlalu selama yang mungkin.


2.Jangan Meluah Masalah Kepada Rakannya

Disebabkan tidak dapat menghampiri pasangan anda, akhirnya anda memilih untuk menghubungi rakan pasangan anda dan meluah masalah anda dan pasangan anda. Keadaan ini akan memburukkan keadaan dan bukannya memperbaiki keadaan.


3.Luahkan Masalah Anda Hanya kepada Teman Rapatnya Sahaja

Masalah cinta anda perlukan seseorang yang betul-betul rapat dan memahami anda. Dia mesti seorang yang betul-betul boleh mendengar dan menjiwai masalah anda. Cari mereka dan luahkan segala masalah perhubungan cinta anda.


4.Jangan Biarkan Diri Anda Keseorangan

Jangan sesekali letakkan diri anda berseorangan. Mungkin anda perlukan masa untuk bersendirian tetapi hakikatnya anda sebenarnya perlukan teman. Dengan erti kata lain, anda perlukan pasangan anda. Apabila anda letakkan diri anda keseorangan, anda akan cenderung untuk menghadapi masalah kemurungan “stress”.


5.Hadiahkan Diri Anda Dengan Sesuatu yang Menyeronokkan

Anda perlu sedar bahawa anda sedang bersedih. Jika anda terus bersedih maka, tiada penyelesaian dapat anda lakukan. Oleh itu, anda perlu hadiahkan diri anda sendiri dengan sesuatu yang ceria dan menyeronokkan. Pergi bercuti ke tempat yang asing daripada tempat anda. Ia mungkin boleh membantu anda meredakan kesedihan. Belikan sesuatu yang berharga kepada diri anda sebagai hadiah, kerana anda mampu mengharungi perpisahan ini.








Kadang² susah juga nak lupa semua benda nie ...
melainkan dapat tukar ganti otak yang baru ...


(*___________*)

2 comments:

said...

tak mungkin kerana sayang
cuma kadangkala aku terkenang

huhuhuhu

mizz star said...

cakap senang. nak buat susa. realiti kehidupan :(